Minggu, 28 Mei 2017

Pembunuhan Karakter dalam Dunia Sastra


Pembunuhan karakter atau "Character Assassination" merujuk serangan ganas terhadap idiosinkrasi atau lebih tepat lagi keperibadisn seseorang dengan niat untuk merosak dan memusnahkan reputasi atau keyakinan sosok terbabit. Dalam erti kata lain ia adalah serangan jahat samada betul atau direka untuk merosakkan atau menjejaskan reputasi seseorang.


Pembunuhan karakter sering digunakan dalam dunia politik ketika seseorang pemimpin politik ingin menjatuhkan pihak yang menjadi oposisi dan melenyapkan sama sekali pesaing tersebut dengan cara mencari titik lemah dan menyerangnya bertubi-tubi hingga sosok tersebut lumpuh dan tidak mampu untuk bangun lagi.

Dalam dunia politik hal ini dilihat sebagai salah satu kaedah untuk mensudut dan menghancurkan lawan politik hingga ke akar umbi dan kaedah ini merupakan kaedah yang sangat klise dalam dunia politik terutama ketika musim PRU atau PRK.

Namun ketika penggiat sastera mempraktikkan kaedah pembunuhan karakter seorang penggiat sastera yang lain hal ini agak berkontradiksi dengan lingkungan dunia sastera kerana dalam dunia sastera tidak ada PRU mahupun PRK.

Lebih dahsyat lagi ketika penggiat sastera saling berbalas karya di dinding muka buku masing-masing untuk saling mentelanjangkan antara satu sama lain. Hingga menimbulkan kebusukan dalam dunia sastera sama seperti dunia politik.

Konklusinya pembunuhan karakter dalam dunia sastera ibarat menggugurkan bom nuklear yang implikasinya tidak menguntungkan mana-mana pihak "yang menang jadi abu yang kalah jadi arang". Ketika hal ini terjadi dunia sastera akan lumpuh tidak ada lagi karya-karya yang boleh dinikmati oleh khalayak.

Saran saya sebaiknya pihak yang bertikai antara satu sama lain tidak perlu saling berbalas tembak di dinding muka buku masing-masing. Sekiranya mempunyai sebarang masalah dengan sosok yang dianggap sebagai oposisi dan perlu dihabisi berdepan terus secara peribadi dan diselesaikan secara diplomasi dan buka seluas-luasnya ruang negosiasi tanpa perlu melibatkan pihak-pihak lain.

Dengan ini kedua-dua pihak boleh terus mengimarahkan dunia sastera dengan karya-karya agung masing-masing daripada membuang-buang waktu mencari titik lemah lawan masing-masing.


(Dr. Faridah Jaafar aka Dr. FJ, PPPJJ, USM, PP, 19 Mac 2017)
Wikipendidikan - Maha Templates
Back To Top